Wednesday, April 13, 2011

NOTA BESTARI TINGKATAN 4

RASUL PENYAMPAI WAHYU
RASUL :
Rasul ialah manusia lelaki yang dipilih oleh allah untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada seluruh umat manusia dan membimbing manusia beriman kepada Allah demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
WAHYU :
Perkara yang disampaikan oleh Allah kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat jibril.
WAHYU ALLAH TERKANDUNG DALAM AL QURAN.
PERANAN RASUL :
          Membetulkan aqidah daripada kesesatan kepada beriman dengan Allah.
          Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagiaan hidup manusia dunia dan akhirat.
          Mengajar dan menunjukkan cara beribadat yang betul.
          Mendidik manusia supaya berakhlak mulia.
Mengajar cara hidup bermasyarakat.
Memberitahu berita gembira kpd orang beriman dan berita azab kepada org yg kufur.
MANUSIA MEMERLUKAN WAHYU WALAUPUN TELAH DIANUGERAHKAN AKAL KERANA :
  1. Akal manusia terbatas dan hanya mengetahui perkara yg dapat dilihat sahaja
  2. Akal manusia tidak mampu menilai perkara baik dan buruk dengan tepat dan hanya berdasarkan logik semata-mata.
  3. Penggunaan akal manusia hanya berlandaskan nafsu yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan.
MAKSUD PERKATAAN BERDASARKAN AYAT 50 SURAH AL-AN’AM :
KHAZANAH ALLAH :                    
Segala ilmu dan perkara yang dimiliki oleh Allah.
ORANG BUTA :
Orang yang tertutup pintu hatinya untuk menerima kebenaran dan tidak mahu beriman kepada Allah.
ORANG CELIK :
Orang yang beriman kepada Aallah dan sentiasa melaksanakan perintah-nya dan meninggalkan larangan-Nya.
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
  1. Merupakan mukjizat Allah yang kekal hingga ke hari ini.
  2. Kandungannya lengkap untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  3. Bahasanya indah tiada bandingan dan tidak dapat ditandingi oleh pakar-pakar bahasa.
  4. Membatalkan semua hukum yang terdapat dalam kitab terdahulu.
  5. Ayat-ayatnya boleh dijadikan penawar terhadap pelbagai penyakit manusia.
4.HIDAYAH MILIK ALLAH
KEPENTINGAN HIDAYAH
          Menemui jalan kebenaran
          Peroleh kebahagiaan hidup dunia akhirat
          Mendapat keredhaan Allah
          Terdorong untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah
HIDAYAH MILIK ALLAH
          Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
          Manusia hanya mampu menyampaikan dakwah tetapi Allah yang berkuasa memberikan hidayah
          Maksud lapang dada ialah hati yang mudah menerima kebenaran.
          Maksud sempit dada ialah hati yang tidak mahu mengakui kebenaran dan kekuasaan Allah
CARA MEMPEROLEHI HIDAYAH
          Menuntut ilmu agama dan keduniaan
          Sentiasa memikirkan kekuasaan Allah
          Sentiasa berdoa memohon petunjuk-Nya
          Perbanyakkan amal ibadah
          Menjauhi segala larangan-Nya
TUGAS DAKWAH
          Dakwah bermaksud menyeru dan mengajak seseorang kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
          Setiap orang Islam wajib menyampaikan dakwah mengikut kemampuan masing-masing.
          Tugas dakwah hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan berhikmah.
CARA BERDAKWAH
  1. Memberi nasihat dan pengajaran yang baik
  2. Perbincangan secara baik tentang kekuasaan Allah dan keindahan islam
  3. Menunjukkan akhlak yang baik agar dicontohi oleh orang lain
  4. Jangan mudah berputus asa kerana hidayah adalah hak Allah
  5. Menghormati pandangan orang bukan islam kerana mereka tidak memahami islam
KESAN HIDAYAH
  1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada beriman
  2. Peningkatan dalam ibadah wajib dan sunat
  3. Sentiasa melakukan perkara baik dan meninggalkan kejahatan
  4. Rasa gembira dalam melaksanakan perintah Allah dan tidak rasa terpaksa
  5. Tetap beriman walaupun diseksa dan dihina kerana mempertahankan agama
PENGAJARAN AYAT
          Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah
          Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat iman dan Islam
          Orang yang menerima hidayah akan terbuka hatinya untuk memeluk Islam
          Orang yang menerima hidayah boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan





5.AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
MATLAMAT HIDUP MUKMIN
          Kita perlu menyedari bahawa nikmat yang teragung ialah nikmat iman dan Islam
          Manusia akan mulia jika bertaqwa kepada Allah.
          Kita hendaklah memelihara akidah ( iman) dan berdoa memohon keredhaan Allah
          Ibadah bukan sekadar solat tetapi ia meliputi seluruh cara hidup manusia.
MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB
DI ATAS SEMUA PERBUATANNYA
  1. Orang yang mentaati perintah Allah akan menerima ganjaran pahala.
  2. Orang yang tidak mentaati perintah dan melakukan larangan Allah pula akan menerima balasan buruk ( dosa ).
  3. Setiap manusia tidak boleh menanggung dosa orang lain .
  4. Kepercayaan Nabi Isa menanggung dosa nabi Adam dan dosa seluruh manusia adalah salah sebagaimana anggapan penganut kristian.
HIKMAH UJIAN
          Dapat mendekatkan diri kepada Allah setelah ditimpa kesusahan
          Dapat meningkatkan tahap keimanan setelah insaf terhadap sesuatu musibah
          Mendapat ganjaran pahala di atas kesabaran terhadap sesuatu ujian
          Dapat memperbaiki diri dengan memulakan azam baru untuk tidak mengulangi kesilapan lalu
PENGAJARAN AYAT
  1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah.
  2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat Allah
  3. Manusia bertanggungjawab di atas segala perbuatannya.
  4. Perbezaan taraf hidup adalah ujian ke atas hamba-Nya
  5. Allah bersifat maha adil kepada semua

nota bestari tingkatan 5

tajuk : perkahwinan